Posts

Showing posts from June 15, 2020

ROTI KAYA JUNUS DIKATAKAN ROTI PALING SEDAP DAN LEMBUT

Image
ROTI KAYA JUNUS DIKATAKAN ROTI PALING SEDAP DAN LEMBUT | Patik kalau mamak yang naik motor tu lalu depan rumah patik, perasaan seronok tu akan muncul sebab macam-macam jenis roti yang boleh korang pilih daripada susunan roti yang dipamerkan pada motorsikalnya. Paling patik suka adalah roti yang berinti kaya.  Sebut roti kaya ni, patik nak kongsikan dengan korang yang patik telah jumpa satu jenama roti kaya yang boleh menjadi kegemaran patik mulai hari ini. Hehehe.  Tempoh hari patik sempat singgah ke bazar yang terletak di UNITEN. Siapa warga sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Serdang patik yakin korang mesti pernah membeli belah disana bukan? Dekat sana merupakan syurga buat mereka yang suka makan kerana pelbagai makanan dijual seawal jam 12 tenghari sehingga lewat petang.  Menariknya sedang sibuk melihat makanan yang ingin dicari, patik ternampak ROTI KAYA JUNUS ni haaa. Dengan hanya menggunakan van sebagai ruang niaga, ianya nampak sangat unik. Tidak perlu mem