Posts

Showing posts from June 29, 2020

HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA

Image
HOTEL FANTASY MELAKA LOKASI PILIHAN PERCUTIAN DI MELAKA | Tempoh hari adalah pengalaman pertama patik dan wife beserta anak kecil patik keluar daripada kawasan merentasi negeri menuju ke Negeri Melaka. Sebenarnya kami memang sudah lama tidak meluangkan masa bersama menghirup udara luar. Jadi kali ini Negeri Melaka menjadi lokasi jalan-jalan kami buat masa ini. Sebenarnya cadangan ke Negeri Melaka ini telah diutarakan oleh wife patik dimana beliau bercadang untuk melawat keluarga angkat beliau disana. Jadi alang-alang dah datang ke Melaka, apa kata kita bermalam disana.  Jadi patik pun buat carian di booking.com dan tiba-tiba patik ternampak hotel yang berkonsep superhero yang macam cantik. Tapi patik tidak meletakkan harapan yang tinggi sebab kadang kala apa yang dipaparkan pada laman web tu kadang tu tudak seperti apa yang kita bayangkan. Jadi tidak mengapa, kita cuba untuk kali ini.  Fantasy Hotel Melaka menjadi pilihan bagi percutian singkat kami kali ini.