RINDU PERCUTIAN SEBELUM PANDEMIK COVID-19 BERSAMA KELUARGA

RINDU PERCUTIAN SEBELUM PANDEMIK COVID-19 BERSAMA KELUARGA | Bila patik belek-belek gambar percutian yang ada didalam koleksi, ingatan mula mengimbas kenangan keseronokan bercuti Bersama keluarga dan sabat handai. Patik masih ingat, kali terkahir patik bercuti adalah pada tahun lepas dalam bulan 8 macam tu dan masa tu patik sempat staycation dekat Red By Siroco Kuala Lumpur. Memang sangat seronok. 

Sebelum memilih hotel tersebut patik sempat laa buat sedikit kajian Hotel in Kuala Lumpur. Apa yang menariknya Red By Siroco ni, ianya terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur dan khabarnya hotel ini mempunyai lukisan mural yang sangat besar pada dindingnya yang menjadi trademark bangunan ini. Paling menarik sangat mudah untuk singgah jalan-jalan seperti SOGO, Jalan TAR dan banyak lagi hanya dengan berjalan kaki. Yaaa berjalan kaki. Haha.

Sebenarnya kami memang dah lama tidak makan angin diluar. Jadi apa kata sekali sekala kita ubah angin walaupun hanya di Kuala Lumpur. Jangan menghukum awal yee kerana Kuala Lumpur banyak tempat yang boleh kita luangkan masa bersama. 

RED BY SIROCO KUALA LUMPUR

Usai mendaftar masuk kedalam hotel, kami diberikan bilik yang sangat selesa dengan katil super queen yang boleh memuatkan kami 3 beranak untuk tidur malam. Pemandangan dari tingkat 7 sangat cantik. Korang boleh Nampak sekitar Kuala Lumpur yang sentiasa hidup tidak kira siang atau malam. 

APA YANG MENARIK DISEKITAR RED BY SIROCO KUALA LUMPUR

Seperti yang patik kongsikan pada awal penulisan tadi, disekeliling hotel patik menginap ini terdapat tarikan yang bagi patik menarik. Patik boleh ke JAKEL Mall, Jalan TAR dan SOGO hanya dengan berjalan kaki jee. So korang boleh bayangkan betapa dekatnya hotel dengan kawasan hotel kami. 

Bila malam pula, patik meluangkan masa untuk jalan-jalan di River of Life, makan malam di Kampung Baru yang sememangnya dunia makanan dengan mood kawasan kampung. Bila dapat meluangkan waktu macam ni sekali sekala, sebenarnya kita berpeluang untuk mereka percutian biasa-biasa menjadi yang lebih menarik bersama. Itu sangat penting. 

Bila pulang semula ke hotel dapat pulak lepak-lepak dekat kawasan kolam renang yang sememangnya berwarna merah sesuai dengan nama Red By Siroco Kuala Lumpur sambil melihat keindahan cahaya malam Kuala Lumpur. 

PANDEMIK COVID-19: RINDU PERCUTIAN BERSAMA

Bila pandemik Covid-19 muncul, suasana berubah. Sektor perlancongan sangat terkesan dek kerana pandemik ini. Semua orang tidak boleh bersuka-ria seperti dahulu. Semuanya terbatas. Banyak hotel dan tempat-tempat perlancongan telah gulung tikar. Rindu. Hanya gambar-gambar lama menjadi kenangan pengubat rindu. 

Kadangkala patik ada juga meminta kawan patik yang berada diluar kawasan untuk membuat siaran langsung berjalan-jalan dekat tempat yang patik pernah sampai suatu ketika dahulu. Seperti contoh kalau di Langkawi, patik minta mereka merakamkan gambar dikawasan kereta kabel, kawasan membuat minyak gamat, kawasan Mahsuri dan banyak lagi. Ini hanya sedikit contoh yang boleh patik lakukan bagi menggamit memori dan kenangan pada tempat yang pernah patik sampai suatu ketika dahulu. 

HIDUPKAN PERCUTIAN DIRUMAH

Sejak semua berkurung dirumah dek Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan kita untuk kita semua keluar termasuklah bercuti dan melancong, patik dan keluarga cuba membawa aura percutian dirumah. 

Apa yang kami sama-sama lakukan antaranya dengan menatarias ruang menonton kami sekeluarga dengan aura seperti menonton wayang. Kebiasaannya setiap kali hujung minggu patik dan wife akan merancang sesuatu yang menarik. Buat steamboat, grill dan sebagainya dan kami sama-sama menonton filem di Netflix. Itu pun sudah cukup membuatkan patik sekeluarga gembira. 

HARAPAN KEPADA INDUSTRI PERLANCONGAN


Harapan patik dan juga semua rakyat Malaysia kepada industri perlancongan adalah untuk kuat bagi mengharungi pandemik ini dan berharap industri perlancongan akan kembali semula seperti biasa. Kerinduan semua rakyat Malaysia untuk bercuti dan melancong sangat tinggi. Rasa tidak sabar tu sangat memuncak didalam jiwa. Didoakan agar semuanya kembali semua sedia kala. Amin.

Comments