PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA SEMPENA PASCA COVID 19 (PART 1)

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND SELEPAS PASCA COVID 19 (PART 1) | Sebenarnya kisah ke Cameron Highlands ini telah lame diidamkan oleh orang rumah patik sejak beliau mengandungkan anak pertama patik. Dia teringin nak sampai ke Cameron Highlands ni memandang sudah terlalu lama tidak sampai kesana. 

Nak dijadikan kisah, patik telah merancang percutian ini sedikit awal dengan harapan untuk dijadikan kejutan buat orang rumah patik. Pertama sekali yang patik fikirkan adalah lokasi penginapan. Pada mulanya patik ingin membuat tempahan hotel. Memandangkan orang rumah patik jenis seorang ibu yang menyediakan masakan untuk anak patik tu haaa, jadi patik telah mencadangkan kepada dia untuk menginap dihomestay berbanding menginap dihotel. 

HOMESTAY DI CAMERON HIGHLANDS

Bila difikirkan berbaloi atau tidak, bagi patik menginap dihomestay lebih berbaloi berbanding hotel. Tapi terpulang kepada kehendak masing-masing. 

Patik telah membuat tempahan homestay yang sangat terbaik dari ladang dengan harga yang berpatutan iaitu di Lai Lai Homestay yang terletak di Tanah Rata. Kenapa patik rasa berbaloi berbanding hotel? 

Homestay Cameron Highlands
Homestay Cameron Highlands
Homestay Cameron Highlands
Homestay Cameron Highlands
Homestay Cameron Highlands

  1. Harga yang ditawarkan adalah sama dengan sebiji bilik hotel = RM180 / 1 malam
  2. 1 homestay memiliki 3 bilik tidur, 2 bilik air & 1 dapur
  3. Lokasi yang sangat mudah untuk ketempat tarikan 
Apa yang patik lebih suka dengan homestay ini adalah cara dia 'ikat' kepuasan pelanggan dia. Korang tengok apa yang diberikan kepada kami sebagai penginap.

Homestay Cameron Highlands

Ole-ole yang diberikan sebagai ingatan buat tetamu yang datang menginap dihomestay mereka. Terima kasih kepada pemilik homestay, En. Hafzan - +60 19-598 7015 yang sangat ohsem didalam mengurus keperluan kami sepanjang disana. 

LAVENDER GARDEN / CAMERON LAVENDER

Ok kita sambung perkongsian patik yeee. Seperti yang patik dan orang rumah rangcang, kami bertolak dari Kuala Lumpur dan keluar melalui persimpangan Simpang Pulai. Walaupun sedikit jauh berbanding persimpangan Tapah, tetapi keadaan keselamatan juga kami titikberatkan. 

LAVENDER GARDEN, CAMERON HIGHLANDS

Menyusuri jalan usai keluar dari persimpangan Simpang Pulai adalah Lavender Garden atau nama lain adalah Cameron Lavender yang terletak di Taman Tringkap, Brinchang. Untuk masuk kesini korang akan dikenakan sedikit bayaran.

Dewasa: RM15
Kanak-kanak: RM10

LAVENDER GARDEN, CAMERON HIGHLANDS

Sejujurnya patik seringkali datang ke Cameron Highlands dan ini adalah kali pertama patik datang bersama orang rumah dan juga anak patik. Kiranya ini adalah percutian keluarga kecil patik untuk pertama kalinya. 

LAVENDER GARDEN, CAMERON HIGHLANDS
LAVENDER GARDEN, CAMERON HIGHLANDS

Apa yang boleh patik katakan kepada tempat ini adalah sangat cantik dan sesuai untuk korang yang kaki bergambar kerana setiap ruang didalam kawasan ini adalah sangat cantik dipenuhi bungaan.

LAVENDER GARDEN, CAMERON HIGHLANDS

LADANG TEH BOH, SUNGEI PALAS TEA CENTRE

Selesai melawat Levender Garden, patik rasa kita ada masa lagi untuk singgah ke suatu lagi tempat sebelum kami pulang ke homestay kami yang terletak di Tanah Rata. Patik cadangkan kepada wife patik untuk kita singgah ke Ladang Teh Boh yang terletak di Sungei Palas.

LADANG TEH BOH, CAMERON HIGHLANDS

Perjalanan dari Levender Garden ke Ladang Teh Boh tidak jauh mana dan trafik untuk kesana sangat lancar memadangkan patik mengambil langkah selamat dengan berkunjung pada wakti bekerja. Sesampai di Ladang Teh Boh, patik dan wife patik sangat teruja dengan keindahan ladang teh yang seluas alam dengan kehijauan. 

LADANG TEH BOH, CAMERON HIGHLANDS

Untuk sampai ke puncak, kami perlu melalui laluan yang disediakan melalui tanaman teh dikiri kanan lalaun. Memang sangat  segar. Hati membuak-buak tidak sabar untuk sampai keatas. Cuaca pada waktu itu sedikti renyai dan memerlukan kami membawa payung. 

LADANG TEH BOH, CAMERON HIGHLANDS

Alhamdulillah pengunjung tidaklah ramai sangat dan sangat lancar proses naik dari bawah dan sepanjang membeli makanan sehinggalah kami dapat tempat. Cuma tempat duduk kami tidak strategik yang menampakkan keseluruhan ladang teh. 

LADANG TEH BOH, CAMERON HIGHLANDS

Apa yang boleh patik katakan, untuk sampai ke tempat-tempat perlancongan ini patik lebih selesa kita pergi pada waktu hari bekerja dan bukan pada hujung minggu atau cuti umum kerana korang boleh bayangkan apa yang akan berlaku. Kesesakkan disana sini. 

Patik akan sambung ke PART 2 selepas ini. Kalau sudi untuk baca, teruskan bacaan untuk part 2 selepas ini. 

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBAWA ANAK KECIL KE ZOO NEGARA

ROTI KAYA JUNUS DIKATAKAN ROTI PALING SEDAP DAN LEMBUT

SEBAB ROKOK, ARTIS TERPAKSA SOROK DUIT DAPUR DARIPADA SUAMI