Posts

Showing posts from January 5, 2021

CONTOH DOA RINGKAS UNTUK MAJLIS

Image
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ Ya Allah Ya Ramaan Ya Rahiim, Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu. Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran, menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami. Kami memohon kekuatan dari ha