Posts

Showing posts from January 6, 2022

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR

Image
MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR | Lawatan ke Pulau Pangkor rupanya telah menemukan patik dengan sesuatu yang menarik untuk diabadikan di blog patik ini. Masjid 1000 Selawat atau lebih dikenali sebagai Masjid Al-Badr Seribu Selawat yang terletak di Kampung Teluk Gedong bagi patik adalah sebuah masjid yang cukup indah dan sangat unik.  Gambar sekadar hiasan KEUNIKAN MASJID 1000 SELAWAT PULAU PANGKOR Menariknya Masjid 1000 Selawat ini adalah ianya adalah sebuah masjid terapung dan ada yang mengatakan ianya masjid terapung pertama di Negeri Perak. Tidak cukup dengan keadaanya yang terapung, masjid ini dihiasi dengan 1000 kalimah selawat yang diukir khas pada dinding masjid ini. Korang boleh tengok pada setiap perincian pada dinding masjid ini. Sangat menakjubkan.  Keadaan di dalam ruang solat utama Mula dibina pada 7 Mac 2014, masjid yang melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM11.7 juta ini, mula dibuka kepada orang ramai sekitar Oktober 2016. Pelancarannya telah disempu