INFO DIRI

Siapa Ahmad Fauzi Aryaan itu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat blog www.duniapatik.com. Blog ni merupakan blog peribadi Ahmad Fauzi Aryaan. Blog yang menjadi tempat penulis mengarang cerita, berkongsi kisah berkenaan perlancongan, makanan dan juga gaya hidup yang penulis pernah rasai dan untuk dikongsi bersama kepada pembaca blog ini. Semoga sedikit sebanyak ianya dapat manfaat kepada semua orang yang membacanya. 

Pengenalan www.duniapatik.com:

Ahmad Fauzi Aryaan menyertai arena berblog ini sejak tahun 2009. Ketika itu blog ini menggunakan alamat sesawang www.ahmadfauzi-ahmadfauzi.blogspot.com yang sangat panjang ibarat memanggil nama sekampung. Seperti biasa, semua orang yang bergelar blogger memulakan platform Blogspot sebagai medium berblog. Sebelum berkecimpung dengan niche TRAVEL. FOOD & LIFESTYLE, penulis menulis secara carca merba mengikut apa yang ditulisnya.

Pernah terjadi dimana penulis merasa tiada yang bole dibanggakan dengan menulis blog dan akhirnya blog www.ahmadfauzi-ahmadfauzi.blogspot.com pernah terkubur untuk beberapa tahun. 

Akhirnya pada seawal Januari 2014 telah menjadi permulaan bila blog Ahmad Fauzi Aryaan bertukar domain menjadi www.duniapatik.com yang menjadi platform penulis berkongsi rasa bersama pembacanya. Dengan penjemaan ini semula, nama Ahmad Fauzi Aryaan menjadi sedikit sebanyak telah dikenali dan perubahan didalam kehidupan penulis turut terasa.

Tentang Penulis:

Nama : Ahmad Fauzi Aryaan
Umur : 2* tahun
T/Lahir : 15 Feb 198*
Jantina : Lelaki
Status : Bujang
Hobi : Melancong, mencari tempat makan baru dan melakukan aktivi yang dapat memenuhi masa yang terluang.


Sosial Media Penulis:

Facebook : Ahmad Fauzi Aryaan
Instagram : @ahmadfauziaryaan
Wechat : Ahmad Fauzi Aryaan
Email : ahmadfauziaryaan85@gmail.com